Thursday 24 November 2011

ReZeki Ilahi

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pada hari ini saya telah selesai menyertai pertandingan futsal di stapak(kuala lumpur). Entah mengapa pada hari ini saya dan rakan-rakan merasakan ada sesuatu aura yang lain. Kerana sebelum kami bertolak ke tempat pertandingan kami semua begitu bersemangat. Padahal kami tahu akan kelebihan pasukan futsal di Kuala Lumpur itu. Ada dikalangan mereka yang sangat berbakat dan pernah menyertai pelbagai pertandingan.
Setibanya disana saya dan rakan-rakan diberikan jersi percuma oleh jurulatih kami iaitu Tuan Hj Salleh dan Pak cik Tahir. Setelah selesai makan dan bersiap kami dipanggil oleh urusetia untuk perlawanan yang pertama. Kami agak terkejut kerana lawan kami adalah Gombak setia. Sebelum itu kami sempat memanaskan badan bagi mengelakkan ada pemain yang akan mendapat kecederaan.
Alhamdulilah setelah tamat perlawanan kami Berjaya menang dengan jaringan 4-0. Peluang untuk kami menuju ke peringkat suku akhir semakin mudah kerana lawan kami selepas ini agak mudah. Tetapi kami tidak boleh terlalu yakin akan kelebihan itu. Game seterusnya kami menang (kerinchi 1-1 putrajaya, tun husien onn 3-5 putrajaya, jalan masjid india 1-4 putrajaya). Saya ucapkan tahniah kepada pasukan putrajaya kerana Berjaya menempatkan ke-peringkat separuh akhir. Tahniah diucapkan..
Diperingkat separuh akhir pula kami akan menentang pasukan Desa Permai. Sewaktu perlawanan kami diejek oleh penonton dan pasukan yang tewas kepada kami (ala ala penyokong Indonesia). Kami tidak mengendahkan akan situasi tersebut dan bersabar. Kami berpengang akan sabda Rasullullah S.A.W “ sabar itu separuh daripada iman”. Kami kuatkan semangat untuk terus bermain. Akhirnya kami terikat seri dan pergi ke sepakan penalty. Walaupun saya agak kecewa kerana melepaskan bola yang agak mudah ketika permainan, saya telah berazam untuk menebusnya kembali. Tidak disangka-sangka, apabila saya Berjaya menyelamat sepakan penalty yang ketiga dengan sepakan yang agak padu oleh pemain mereka.
Akhirnya kami Berjaya ke final kerana itu adalah target kami. Lawan kami di final adalah Gombak fasa 2. Dalam perlawanan kami ditentang dengan hebat oleh meraka. Akhirnya keputusannya jua seri 0-0, seterusnya kesepakan penalty. Saya agak gemuruh kerana saya diamamahkan oleh rakan-rakan untuk menyelamtkan sepakan penalty tersebut. Pada sepakan yang ketiga kami telah diberikan rezeki oleh Allah S.W.T kerana sepakan yang ketiga oleh pemain Gombak terkena tiang dan tidak masuk kejaringan.
Kami telah dinobatan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang hemper dan medal setiap seorang. Piala pusingan diambil oleh ketua pasukan kami iaitu Amirul Ashraf. Disamping itu saya telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Saya bersyukur kerana rakan saya banyak membantu saya dalam permainan seperti syaufiq, khalil, syafiq, amirul, ashraf, afif, nik, syahmi, dan fais. Mereka ini bnyak membantu saya demi mempertahankan gawang gol daripada di bolosi. Anugerah tersebut adalah anugerah kami bersama. Terima kasih semua…. (syukran jazilan)

Friday 18 November 2011

Masa Susah Dan Senang

 Kita kadangkala, kala susah, kita mudah mengadu kepada manusia. Kita mudah menceritakan semua masalah kita kepada mereka. Itu memang satu perkara yang positif berbanding dipendam seorang diri begitu saja. Tapi persoalannya, apakah kita telah mengadu kepada Allah dengan bersungguh-sungguh?
Pernahkah saat kita kesakitan, kita benar-benar berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sakit. Sembuhkanlah.”
Pernahkah saat kita sukar untuk mengajak seseorang kepada kebaikan, kita bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku saying dia, aku nak ajak dia pada kebaikan, tetapi dia asyik lari dari pada aku Ya Alllah. Lembutkanlah hatinya, dan ampunkanlah dosa aku sekiranya dosa aku yang membuatkannya menjauh.”
Pernahkah saat kita kesempitan, kita benar-benar berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sempit. Lapangkanlah.” Dengan penuh keyakinan bahawa Allah memang akan menyembuhkan kita, akan melembutkan hati dia, akan melapangkan kehidupan kita??
Tatkala senang pula, apakah pernah kita berdoa kepada Allah agar dikekalkan kesenangan kita? Pernahkah kita berdoa kepada Allah agar diluaskan lagi rezekiNya kepada kita? Apakah kita berdoa kepada Allah ager kita tidak tertipu dengan nikmat pemberiannya? Kadang-Kadang kita terlupa berdoa. Sebab itu kita rasa seperti ‘terputus’.

Thursday 17 November 2011

Kala Jengking Neraka

 Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang:-

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Lawatan ke Zoo NeGaRa (KonvOI FroM KelANtan).....:)































Monday 14 November 2011

Kisah Imam Berasal Dari Thailand

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Ciri lelaki tertentu...:D

Lelaki yg Baik -->Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA
Lelaki yg Comel -->Lelaki yg berpakaian baju yg kemas dan menuju ke masjid
Lelaki yg Manis -->Lelaki yg selalu bercakap dgn nada yg rendah
Lelaki yg Romantik-->Lelaki yg menghadiahkan sebuah D0A setiap hari
Lelaki yg Charming-->Lelaki yg mengingatkan tentang IBADAT

Kestimewaan Pembaca dan Penghafaz Al-Quran

* Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.
   Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :"Barang siapa membaca al-quran 
   dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk 
   sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah 
   dan At-Tirmizi).
* Berada dalam rahmat Allah.
   Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul 
   di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi 
   ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di 
   kalangan para malaikat (yg di langit)."(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
* Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali 
   ganda.
   Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. ;katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:"Barangsiap​a membaca satu 
   huruf dari kitab Allah(al-Quran),maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala 
   itu digandakan sepuluh kali.Aku tidak mengatakan bahawa Alif,Lam,Mim itu satu huruf,tetapi Alif itu adalah 
   satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf."(Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)
* Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah.
  Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w , dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah   
   mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia."Lalu Rasulullah ditanya:"Siapakah mereka itu  
   ahai Rasulullah s.a.w.?"Jawab baginda:"Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."
   (Riwayat Ahmad,Ibnu Majah,Ad-Darimi,Al-Hakim dan An-Nasaie). 

* Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat.
   Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:                         
   Bacalah Al-Quran,sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada 
   tuannya." (Hadis riwayat muslim) 
* Dipakaikan mahkota pada hari kiamat.
   Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang 
   membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya,Allah akan memakaikan kedua ibu 
   bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak.Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya 
   matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia.Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang 
   akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)