Monday 27 February 2012

Ucapan MAJliS REStU ILMuR R

Terima kasih pengerusi majlis,
Bismilah …..Wassalam  tuwassalam  waalaasyrafil  ambiya’  iwalmursalin  waala  alihiwasohbihi ajmain. Assalamualaikum  wbt …..  dan selamat  sejahtera.

Yang Berbahagia dan dikasihi, Bonda Datin, Datin Hajah Norliah Binti Raja Omar, Pengetua SMKPP9(2), guru-guru Penolong Kanan SMKPP9(2), guru-guru kanan matapelajaran, dan warga pendidik SMKPP9(2), dan  rakan-rakan serta calon-calon PMR sekalian.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun yang cemerlang ini, kami calon PMR SMK Putrajaya presint 9(2) berpeluang untuk menyambut Majlis Restu Ilmu untuk  memohon kemaafan dan mengharapkan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang di curahkan kepada kami. Ada antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara kami yang tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba sangat hati ini mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami. Kami mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah dan mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi peperiksaan PMR pada minggu hadapan.

Kami juga berharap guru-guru sekalian memafkan segala tingkah laku dan kekasaran tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini kami ada melawan kata, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan guru-guru yang tersinggung akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru. Sesungguhnya dengan hanya doa dan restu guru-guru sajalah akan membantu kami untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan itu nanti.

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.



Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha yang berterusan, penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam mendidik kami calon-calon PMR umpama lilin membakar diri. Terima kasih juga kepada guru-guru yang mengajar kami dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan memberi sokongan kepada kami serta semua guru kerana mengajar, mendidik dan menegur kami secara langsung atau tidak langsung.  

 Terima kasih yang tak terhingga kepada Bonda Datin dan pihak sekolah yang sudi menyediakan alat tulis dan makan tengah hari sepanjang peperiksaan. Jasa baik Bonda dan pihak sekolah tidak akan kami lupakan. Tidak lupa juga kepada cikgu Sapura binti Anjau selaku penyelaras tingkatan tiga yang telah banyak melayan kerenah kami dalam segala hal yang melibatkan tingkatan 3. Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru akan menjadi pembakar semangat kami dalam menjawab peperiksaan itu nanti.

Anak haruan berlima-lima,
Mat ditimpa panggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon PMR SMKPP9(2) tahun 2011 merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan ditunjukkan kepada kami jawapan yang tepat, Amin. Kami sedia menyahut cabaran untuk memberi keputusan terbaik agar sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolah-sekolah terbaik di peringkat kebangsaan. Semoga dengan keizinan Tuhan jua, guru-guru kami sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera dalam usaha mendidik kami, Amin.
Gunung pantai tinggi mengawan,
Nampak dari padang tamu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

Sekian, assalamualaikum w.b.t

MUKA DEPAN KERJA KHURSUS GEOGRAFI


pencemaran alam sekitar di putrajaya


SMK  PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
(2011)


NAMA : MUHAMMAD HAKIMI ASYRAF BIN MOHD HAMADAN
KELAS  : 3 KAA
NO.KAD PENGENALAN : 960312-14-6593
NAMA GURU : PUAN HAMIZAH BT IBRAHIM

sambungan KERJA KHURSUS GEOGRAFI

4.1.      PETA PUTRAJAYA 
(cari dalam internet)



4.2.      PELAN PRESINT 9
(lukisan tangan)

CoNtoH KERja KhuRSUS GEoGRAfi (PENDAHULUAN-KAWASAN KAJIAN)

1.   PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2), Puan Hajah Norliah Bte Raja Omar kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 KAA, Pn Hamizah Bte Ibrahim yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu saya, Pn Asmiraina Bte Amirdin yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.
Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu Muhammad Syafiq Bin Salleh, Fais Aiman Bin Rosli , Muhammad Haziq Bin Othman dan Syazwan Bin Zainuddin.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini


2.   PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “ Pencemaran Alam Sekitar Di Presint 9, Putrajaya”.
Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Pesint 9 kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di presint ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk presint-presint yang berhampiran untuk keluar ke tempat kerja masing-masing dan Bandaraya Kuala Lumpur.
Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.


3.   OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-
1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Presint 9, Putrajaya.
2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Presint 9, Putrajaya .
3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Presint 9, Putrajaya.
4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Presint 9, Putrajaya.
5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Presint 9, Putrajaya.
6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.


4.   KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Presint 9, Putrajaya iaitu kira-kira 14km di utara Bandaraya Kuala Lumpur. Presint 9, Putrajaya ini merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Perbadanan Putrajaya. Kawasan ini mempunyai keluasan lebih kurang 5 kilometer persegi.
Sejarah awal kawasan ini ialah merupakan kawasan perang besar pada zaman pemerintahan Jepun yang dipenuhi dengan tanaman getah serta kelapa sawit. Pada akhir 1999-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya di Putrajaya. Kawasan ini merupakan kawasan Wilayah Persekutuan. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bertanah pamah. Pola petempatan di kawasan saya ialah berkelompok. Penduduk di kawasan saya kebanyakkannya tinggal di kauters kerajaan. Rumah-rumah di kawasan saya terdiri daripada rumah apartment dan rumah teres.
Kawasan Presint 9 diselenggarakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya Presint 9. Kawasan perumahan di Presint 9 ini berdekatan dengan Taman Wetland, Taman Botani, Taman Rekreasi Green Garden dan taman-taman yang lain. Di Presint 9, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Kemudahan yang ada di sini adalah seperti tempat perhentian bas, hospital, balai polis, pusat kejiranan dan lain-lain. Kawasan ini juga bedekatan dengan pusat hentian LRT.
Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Kuala Lumpur hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM1.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 55 minit. Namun jika ada penduduk yang ingin menaiki LRT, penduduk hanya perlu membayar RM5.30 sahaja.