TEKS PENGACARA
SEMPENA ‘JELAJAH AIN
MAISARAH BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH’ ANJURAN PANITIA BAHASA
MALAYSIA DAN PUSAT SUMBER
Ucapan
Selamat Datang kepada tetamu Jemputan Ain Maisara
|
Sirih pinang di dalam puan,
Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang nan maulan;
Selamat datang kami ucapkan,
Buat tuan puan budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera dan salam 1
Malaysia.
1. Yang Berusaha, Puan Hajah Che Marina Binti Ibrahim,
penolong kanan hal ehwal murid,
2.
Yang Dihormati Puan Ain Maisara,
selaku tetamu jemputan kita pada hari ini,
3. Guru-guru
penolong kanan,
4. Guru-guru
kanan matapelajaran,
5. Kaunselor-kauselor,
6. Barisan guru, dan rakan-rakan
murid yang dikasihi.
|
|
Seikat bagaikan lidi,
Serumpun bagaikan tebu,
Sepakat kita ke mari,
Berhimpun tanda bersatu,
Selamat datang ke program seminar penulisan kreatif bahasa Malaysia
‘jelajah Ain Maisara bersama pelajar-pelajar sekolah menengah’ anjuran
panitia Bahasa Malaysia dan perpustakaan pusat sumber sekolah, tahun 2012.
Majlis merakam ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tetamu utama
serta hadirin sekalian.
|
Perkenalan tetamu baca biodata
|
|
Objektif program
|
Untuk makluman hadirin, objektif pogram ini diadakan bertujuan
mendedahkan murid-murid kepada teknik penulisan kreatif. Selain itu, untuk
memupuk pelajar agar lebih meminati dalam penulisan karya-karya, novel-novel
dan sebagainya.
|
Menjemput tetamu untuk meneruskan
majlis
|
Seterusnya, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Kalau tidak kerana bulan,
Tidaklah malam bertambah seri,
Kalau tidak kerana puan,
Tidaklah sempurna program dirai,
Dengan ini majlis berbesar hati dan penuh takzim, mempersilakan
Tetamu Jemputan kita, Puan Ain Maisara………………………….
Untuk meneruskan program. dipersilakan
|
Ucapan terima kasih kepada tetamu
|
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu utama atas
seminar itu tadi,
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan ini sempurnalah sudah program seminar penulisan kreatif bahasa
Malaysia ‘jelajah Ain Maisara bersama pelajar-pelajar sekolah menengah’
anjuran panitia Bahasa Malaysia dan pusat sumber sekolah, tahun 2012. Kami
bagi pihak sekolah sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada tetamu utama pada hari ini. Sebagai penghargaan
daripada pihak sekolah, dipersilakan Puan Ain Maisara untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan daripada En.Roslan.
|
Penutup majlis
|
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah
sudah majlis kita. Semoga SMK Putrajaya Presint 9(2) terus gemilang bukan
sahaja di Putrajaya bahkan ke peringkat antarabangsa.
Ibarat janji sudah disimpai,
Ibarat kata sudah dikota,
Majlis kini melabuhkan tirai,
Tersilap bicara maaf dipinta,
Sekarang majlis diserahkan kembali kepada badan pengawas sekolah.
|