Friday 10 August 2012

TEKS PENGACARA SEMPENA IAN MAISARA

TEKS PENGACARA
SEMPENA ‘JELAJAH AIN MAISARAH BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH’ ANJURAN PANITIA BAHASA MALAYSIA DAN PUSAT SUMBER












Ucapan Selamat Datang kepada tetamu Jemputan Ain Maisara


Sirih pinang di dalam puan,
Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang nan maulan;

Selamat datang kami ucapkan,
Buat tuan puan budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.
 

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
1.    Yang Berusaha, Puan Hajah Che Marina Binti Ibrahim, penolong kanan hal ehwal murid,
2.    Yang Dihormati Puan Ain Maisara, selaku tetamu jemputan kita pada hari ini,

3.      Guru-guru penolong kanan,

4.      Guru-guru kanan matapelajaran,

5.      Kaunselor-kauselor,

6.       Barisan guru, dan rakan-rakan murid yang dikasihi.




Seikat bagaikan lidi,
Serumpun bagaikan tebu,
Sepakat kita ke mari,
Berhimpun tanda bersatu,
Selamat datang ke program seminar penulisan kreatif bahasa Malaysia ‘jelajah Ain Maisara bersama pelajar-pelajar sekolah menengah’ anjuran panitia Bahasa Malaysia dan perpustakaan pusat sumber sekolah, tahun 2012. Majlis merakam ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tetamu utama serta hadirin sekalian.







Perkenalan tetamu baca biodata








Objektif program
Untuk makluman hadirin, objektif pogram ini diadakan bertujuan mendedahkan murid-murid kepada teknik penulisan kreatif. Selain itu, untuk memupuk pelajar agar lebih meminati dalam penulisan karya-karya, novel-novel dan sebagainya.



Menjemput tetamu untuk meneruskan majlis
Seterusnya, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Kalau tidak kerana bulan,
Tidaklah malam bertambah seri,
Kalau tidak kerana puan,
Tidaklah sempurna program dirai,
Dengan ini majlis berbesar hati dan penuh takzim, mempersilakan Tetamu Jemputan kita, Puan Ain Maisara………………………….
Untuk meneruskan program. dipersilakan




Ucapan terima kasih kepada tetamu
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu utama atas seminar itu tadi,
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan ini sempurnalah sudah program seminar penulisan kreatif bahasa Malaysia ‘jelajah Ain Maisara bersama pelajar-pelajar sekolah menengah’ anjuran panitia Bahasa Malaysia dan pusat sumber sekolah, tahun 2012. Kami bagi pihak sekolah sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu utama pada hari ini. Sebagai penghargaan daripada pihak sekolah, dipersilakan Puan Ain Maisara untuk menerima cenderamata kenang-kenangan daripada En.Roslan.
Penutup majlis
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita. Semoga SMK Putrajaya Presint 9(2) terus gemilang bukan sahaja di Putrajaya bahkan ke peringkat antarabangsa.

 Ibarat janji sudah disimpai,
Ibarat kata sudah dikota,
Majlis kini melabuhkan tirai,
Tersilap bicara maaf dipinta,

Sekarang majlis diserahkan kembali kepada badan pengawas sekolah.

No comments:

Post a Comment