Thursday 24 November 2011

ReZeki Ilahi

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pada hari ini saya telah selesai menyertai pertandingan futsal di stapak(kuala lumpur). Entah mengapa pada hari ini saya dan rakan-rakan merasakan ada sesuatu aura yang lain. Kerana sebelum kami bertolak ke tempat pertandingan kami semua begitu bersemangat. Padahal kami tahu akan kelebihan pasukan futsal di Kuala Lumpur itu. Ada dikalangan mereka yang sangat berbakat dan pernah menyertai pelbagai pertandingan.
Setibanya disana saya dan rakan-rakan diberikan jersi percuma oleh jurulatih kami iaitu Tuan Hj Salleh dan Pak cik Tahir. Setelah selesai makan dan bersiap kami dipanggil oleh urusetia untuk perlawanan yang pertama. Kami agak terkejut kerana lawan kami adalah Gombak setia. Sebelum itu kami sempat memanaskan badan bagi mengelakkan ada pemain yang akan mendapat kecederaan.
Alhamdulilah setelah tamat perlawanan kami Berjaya menang dengan jaringan 4-0. Peluang untuk kami menuju ke peringkat suku akhir semakin mudah kerana lawan kami selepas ini agak mudah. Tetapi kami tidak boleh terlalu yakin akan kelebihan itu. Game seterusnya kami menang (kerinchi 1-1 putrajaya, tun husien onn 3-5 putrajaya, jalan masjid india 1-4 putrajaya). Saya ucapkan tahniah kepada pasukan putrajaya kerana Berjaya menempatkan ke-peringkat separuh akhir. Tahniah diucapkan..
Diperingkat separuh akhir pula kami akan menentang pasukan Desa Permai. Sewaktu perlawanan kami diejek oleh penonton dan pasukan yang tewas kepada kami (ala ala penyokong Indonesia). Kami tidak mengendahkan akan situasi tersebut dan bersabar. Kami berpengang akan sabda Rasullullah S.A.W “ sabar itu separuh daripada iman”. Kami kuatkan semangat untuk terus bermain. Akhirnya kami terikat seri dan pergi ke sepakan penalty. Walaupun saya agak kecewa kerana melepaskan bola yang agak mudah ketika permainan, saya telah berazam untuk menebusnya kembali. Tidak disangka-sangka, apabila saya Berjaya menyelamat sepakan penalty yang ketiga dengan sepakan yang agak padu oleh pemain mereka.
Akhirnya kami Berjaya ke final kerana itu adalah target kami. Lawan kami di final adalah Gombak fasa 2. Dalam perlawanan kami ditentang dengan hebat oleh meraka. Akhirnya keputusannya jua seri 0-0, seterusnya kesepakan penalty. Saya agak gemuruh kerana saya diamamahkan oleh rakan-rakan untuk menyelamtkan sepakan penalty tersebut. Pada sepakan yang ketiga kami telah diberikan rezeki oleh Allah S.W.T kerana sepakan yang ketiga oleh pemain Gombak terkena tiang dan tidak masuk kejaringan.
Kami telah dinobatan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang hemper dan medal setiap seorang. Piala pusingan diambil oleh ketua pasukan kami iaitu Amirul Ashraf. Disamping itu saya telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Saya bersyukur kerana rakan saya banyak membantu saya dalam permainan seperti syaufiq, khalil, syafiq, amirul, ashraf, afif, nik, syahmi, dan fais. Mereka ini bnyak membantu saya demi mempertahankan gawang gol daripada di bolosi. Anugerah tersebut adalah anugerah kami bersama. Terima kasih semua…. (syukran jazilan)

No comments:

Post a Comment