Allah
SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,sayap itu antara timurdan
barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as
memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman
yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua
rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000
tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang
mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah
dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka
demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail
as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka
sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermak! sud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat
syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan
dua sayapnya dia boleh menempuh jarak per! jalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah
sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
seperempatnya?" Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai
Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski pun aku
memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....." Marilah sama2
kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan
enam perkara iaitu : * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. *
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T
telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T
telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T
telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari. Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
No comments:
Post a Comment